Gong Xi Fa Cai dan Selamat Tahun Baru Cina 2018!
Baru-baru ini, YouTube Malaysia telah berkongsi 21 iklan yang paling popular, kreatif dan menarik sempena sambutan Tahun Baru Cina 2018. Sama seperti perayaan-perayaan lain di Malaysia seperti Hari Raya, Deepavali dan Krismas, setiap dari kita pasti akan ternanti-nanti iklan yang bakal kunjung tiba di internet terutamanya di YouTube. Syarikat-syarikat besar seperti Celcom, Petronas, Maxis, Pizza Hut dan Tenaga Nasional sebagainya biasanya yang akan mempelopori iklan-iklan yang bakal menyentuh emosi kita semua.
Tahun Anjing kali ini agak berbeza kerana terdapat beberapa jenama baharu yang turut serta dalam menyediakan iklan-iklan menarik. Iklan daripada SP Setia, U Mobile, EcoWorld, Sushi King dan juga Traveloka turut tersenarai di YouTube Malaysia sebagai diantara yang paling popular.
Sebelum kita menonton setiap satu iklan-iklan yang ada di sini, baik anda sediakan kotak tisu terlebih dahulu.
Celcom
Gaviscon
Lazada Malaysia
Lee Kum Kee
Maxis
Mudah.my
Petronas
Pizza Hut
S P Setia
Tenaga Nasional Berhad
U Mobile
Darlie Malaysia
EcoWorld
F&N
Ferrero Rocher
Malaysia Airlines
